Kedai makan mamak ke india?
Written on January 23, 2010 by highcarl

Time tengah blog walking tadi haikal terbaca satu info yang sangat penting rasanya bagi kita selaku umat islam. Haikal pasti semua orang suka lepak kat kedai mamak kan? Kadang-kadang sampai 2-3pagi pun still ada lagi kat kedai mamak. Haikal pun pelik jugak sebenarnya. Ape la yang best sangat ek mamak ni? Tapi tak dinafikan la servis diorang sangat best. Order roti canai dengan teh tarik je tapi kalau lembab sikit leh perhambat sama diorang. Hohoho. Pastu boleh lepak lama-lama layan wifi. Order air je. Tapi lepak nak sampai 2-3jam. Tu la kelebihan mamak.
Tapi berhati-hatilah ye dengan kewujudan kedai mamak palsu ataupun kedai makan india. Berbeza tau kedai makan mamak dengan kedai makan india. Mamak islam. India hindu. Nak ke korang makan kat kedai makan hindu? Haikal pun taknak. Bukan sebab diskriminasi kaum tetapi status halal makanan tu sendiri. Lain kes la kan kalau diorang ada sijil HALAL ke. Terpulanglah kat korang kan. Memang susah nak bezakan kedai mamak dengan kedai india kalau tengok dengan mata kasar. Kadang-kadang kedai india pun dihias dengan ayat-ayat al-quran untuk menipu pelanggan-pelanggan beragama islam. So, macam mana nak tau sama ada kedai tu kedai mamak atau kedai india? Jom baca artikel kat bawah ni. Oh, thanks to zonbebas.
Antara restoran mamak dgn restoran hindu
Sekiranya anda ke kedai-kedai mamak, cuba periksa lauknya. Adakah terdapat masakan berlaukkan daging lembu? Ya, daging lembu. Inilah kunci untuk membezakan di antara kedai mamak Muslim dengan bukan mamak yang berlagak Muslim. Kenapa daging lembu? Sebab, tidak mungkin penganut-penganut agama hindu tergamak hendak menyembelih, memasak dan menghidangkan tuhan mereka. Di dalam agama Hindu, lembu merupakan haiwan suci yang dianggap tuhan mereka.
Justeru, masakan yang berasaskan daging lembu tidak akan dihidangkan oleh restoran-restoran india yang bukan Muslim yang menyamar Muslim. Mungkin mereka boleh menipu pelanggan dengan menggantungkan poster-poster al-Quran atau menggaji pekerja-pekerja India Muslim yang mampu menjawab salam apabila disapa tetapi mereka tidak akan sekali-kali menggadaikan ‘aqidah’ mereka dengan menyembelih, memasak dan menghidangkan tuhan mereka itu.
Saya pernah membuat kajian rambang di sekitar Gombak dan Kuala Lumpur dengan cara begini, saya memasuki restoran dan meninjau-ninjau di kaunter lauk-pauk. Selalunya akan tercatat pada lauk daging – ‘daging lembu’ atau ‘daging kambing’. Sekiranya terdapat daging masakan daging lembu semestinya tuan restoran tersebut adalah mamak muslim.
Seandainya tidak terdapat sebarang tulisan atau tanda pada lauk berkenaan, saya akan bertanyakan kepada pelayan restoran tersebut, “ada lauk daging tak?” Pernah terjadi, pelayan tersebut menjawab, “kambing ada, daging lembu tiada”. Apabila mendengar jawapan tersebut, saya akan bertanya kembali, “kenapa tiada lauk lembu?”. Selalunya, pelayan restoran Mamak Muslim palsu akan terperangkan dan tergagap-gagap untuk menjawab. Seterusnya, cabut sahaja daripada restoran tersebut.
Antara restoran yang saya dapati memang sebenar-benar mamak muslim dengan cara ini adalah Restoran Thaqwa di Sri Gombak, dan Restoran Mamak (saya tak ingat namanya) di hadapan Bank Muamalat di Kuala Lumpur. Sementara restoran yang saya kira sebagai bukan restoran bukan mamak yang menyamar muslim adalah restoran mamak (pun saya tidak ingat namanya) dikawasan jalan pudu/jalan pasar, dan sebuah restoran mamak (pun saya tidak ingat namanya) di deretan Bangunan Plaza UMNO di Batu Caves.
Restoran-restoran ini menggunakan nama restoran muslim, dan restoran tersebut terdapat ayat-ayat Quran dan poster-poster keislaman, tetapi apabila ditanya tentang lauk daging lembu, mereka tergagap dan terpinga-pinga. Anda boleh cuba di tempat anda!
Lepas ni kalau nak makan kat kedai mamak cuba-cubalah tips yang diberi ok? Kulit sama hitam, agama lain-lain. pastikan mamak anda adalah mamak yang original. Hohoho.




baru tau cene nk bezakan..
waaa…
info begune…^^.
waaaahhh…bahaya btoll…ade gak situasi cmni..btol2 terkejut!!!
Ada banyak kedai india hindu buat camtu. Kat tempat belajar aku pun ada. Bos india hindu. Tp pekerja mamak muslim. Agak2 boleh makan ke kat situ? Allahualam~
saya bukanla mamak pure lagi.atok mamak…tapi betul la netry ni..mmak best sbb leh lepak lama2x on9 wifi…serivice bagus sikit la……tp mesti mau jaga kualiti jugak la kan..
kalau pergi sekali cam x bersih x kan dtgd ah…saya pun kurang makan kedai mamak kecuali nak makan naan ngan tose je…..hehe.kari kambing ngan rasem..yg lain x makan sbb ns goreng mamak cm x menepati selera..
yeahhh betol jgak tuehhh
LL´s last blog ..cubaan pertama